BIL | ISTILAH | MAKSUD / PENGERTIAN |
1. | Khalifah | Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam |
2 | Kharaj | Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau bukan Islam. |
3 | Kharaj Musahah/Wazifah | Cukai tanah yang dibayar mengikut keluasan tanah (diuruskan oleh kerajaan) |
4 | Kharaj Muqasamah | Cukai tanah yang diambil berdasarkan jumlah hasil tananam (diuruskan oleh kerajaan) |
5 | Kharaj Ihtiram/Iqta’ | Cukai melalui sewaan atau pajakan tanah yang uruskan oleh tuan-tuan tanah |
6 | Jizyah | Perlindungan - cukai yang dikenakan kepada orang kafir Zimmi iaitu orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan Islam |
7 | Zakat | Kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat-syarat tertentu |
8 | Usyur | - Cukai yang dikenakan sebanyak 10 % daripada hasil pertanian yang diperolehi daripada tuan-tuan tanah - Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan-pelabuhan negara Islam untuk tujuan perniagaan. |
9 | Faii | - Harta rampasan daripada orang kafir Harbi tanpa peperangan seperti harta orang-orang murtad dan kafir Harbi yang ditinggalkan - Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah |
10 | Ghanimah | Harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam melalui peperangan. |
11 | Kafir Harbi | Orang kafir yang menetap di negara Islam tetapi tidak mengikat perjanjian dengan kerajaan Islam. |
12 | Kafir Zimmi | Orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan Islam |
13 | Baitul Mal | Institusi kewangan terbesar negara |
Tuesday, 5 April 2011
ISTILAH-ISTILAH DALAM BAHAGIAN SIRAH TINGKATAN 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah, terima kasih... Ulangkemas.. :)
ReplyDelete