Thursday 31 March 2011

NOTA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH


Sila dapatkan di bawah sila klik di sini :
- Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4
- Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5
- Latih Tubi PMR Pendidikan Islam
- Nota Kaedah Penulisan Jawi
- Nota Tajwid
- Quran Dalam Word
- Kamus Mufid

Wednesday 30 March 2011

PANDUAN BELAJAR DI RUMAH



       
PANDUAN BELAJAR DI RUMAH

1.1        Pastikan anak tuan/puan membuat dan menyelesaikan kerja rumah yang diberi oleh guru.
1.2               Pastikan anak tuan/puan membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang telah diajar.
1.3               Anak tuan/puan perlu didisiplinkan agar mematuhi masa, menghormati ibu bapa dan beribadah (bagi yang Islam).
1.4.       Pastikan anak tuan/puan bercita-cita tinggi
1.5        Anak tuan/puan perlu membuat note ringkas untuk semua mata pelajaran dan  nota tersebut sentiasa dibaca
1.6        Latihan  menjawab soalan-soalan peperiksaan  PMR/SPM sebenar perlu diperbanyakkan lagi.
1.7        Beli atau dapatkan buku-buku teks dan ulangkaji dan pastikan buku-buku digunakan sepenuhnya.
1.8        Tuan/puan perlu menyemak buku-buku dan kerja-kerja anak tuan/puan sekerap yang boleh.
1.9        Dapatkan majalah dan akhbar yang berkaitan dan penting dibaca oleh anak-anak tuan/puan.
1.10      Pastikan anak tuan/puan menonton TV hanya pada rancangan-rancangan yang berfaedah seperti berita,  ma.jalah 3 dan sebagainya.
1.11.     Tiap-tiap han ppastikan tuan/puan dapat meluangkan masa bersama anak-ariak belajar atau memastikan anak-anak benar-benar belajar.
1.12       Menggunakan pelbagai teknik belaiar sepertii hafalan, gambaran dan sebagainya.

            Bahasa Inggeris             

             i.Pastikan anak mempunyai kamus dan buku perbendaharaan kata

            ii.Galakkan anak tuan/puan membaca majalah dan akhbar dalam bahasa Inggeris
              serta menonton rancangan TV yang berkaitan atau boleh memantapkan
              penguasaan bahasa Inggeris mereka
                   
            Matematik
i.Tiap-tiap hari perlu membuat sekurang-kurangnya 5 hingga 15 soalan-soalan  
ii.  matematik sama ada dari soalan-soalan sebenar atau soalan-soalan dari tajuk-tajuk
  popular                                              
iii Sentiasa cuba set soalan peperiksaan sebenar dalam jangka masa yang ditetapkan.

Bahasa Melayu.
i. Pastikan anak tuan/puan mengarang sekurang-kurangnya dua tajuk seminggu.
ii.Sentiasa menggunakan kamus dan banyakkan membaca bahan bacaan yang sesuai.
iii. Latihan membaca cepat dan meringkaskannya.

2.         KONSEP MASA
           
            Masa tidak boleh dijimat.  Masa tidak boleh disimpan.  Masa tidak boleh ditambah.  Masa tidak boleh dikurang.  Masa tidak boleh disorok.  Masa toidak boleh direkacipta.  Masa Hanya Boleh Digunakan.
            Selain dari itu masa masa adalah emas.  Masa adalah modal yang didapati secara percuma.  Ia tidak boleh ditukar ganti.  Ini bermakna kita perlu Bijak Menggunakan Masa.
            Oleh kerana masa sesuatu yang amat berharga dan pelajar selalu menggunakan nya dengan kerja-kerja yang sia-sia, maka soal pengurusan masa adalah amat perlu.  Pengurusan masa yang cekap boleh mengurangkan tekanan pada diri sendiri, di samping mengelakkan pembaziran dan seterusnya membantu pelajar mencapai matlamat iaitu belajar dan berjaya. .

2.1         TEKNIK MENGURUS MASA
2.1.1          Adakan .jadual belajar sendiri di rumah dan ibu bapa adalah penyelia kepada jadual pelajar  sama ada ia dipatuhi atau sebaliknya.
2.1.2     Bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan yang besar seperti PMR atau SPM,  belajar antara 21 jam hingga 30 jam seminggu adalah memadai (tidak termasuk masa membuat kerja rumah –home work )
2.1.3     Pembahaian masa belajar
                                      2.1.3.1. Waktu petang elok untuk menyelesaikan kerja rumah dan pelajaran yang                                                                                                                         
                                                   banyak menggunakan proses mental seperti matematik
2.1.3.2. Waktu malam boleh belajar minimum selama dua jam semalam dan maksimum tiga jam setengah.
2.1.3.3.  Setiap satu jam belajar,  perla ada rehat pendek antara 5 hingga 10 minit.
2.1.3.4.  Waktu yang terbaik untuk belajar adalah waktu awal pagi iaitu antara jam 4.00 pagi hingga 7.00 pagi.
2.1.3.5. Bagi hari cuti, pelajar boleh belajar hingga 8 jam sehari.
2.1.3.6. Pastikan pelajar belajar tiap-tiap hari, walaupun pada hari cuti.
2.1.3.7. Pastikan pelajar mengulangkaji semua mata pelajaran yang penting dan yang kurang dikuasai oleh pelajar perlu diberikan peruntukan masa yang lebih.
2.1.4          Hapuskan tabiat tunggu dan tangguh dan ibu bapa perlu memastikan a anak-anaknya telah menyiapkan kerja rumah dan bersedia pula untuk membuat ulangkaji.
2.1.5          Pastikan anak-anak tuan/puan sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah dan sega1a tindak tanduk, per1akuan den pergerakan mereka sentiasa dalam pengawasan dan makluman tuan/puan.
2.1.6          Dapatkan tempat belajar yang selesa untuk anak tuan/puan dan sebaik-baiknya gangguan radio dan TV dikurangkan ke tahap yang terendah.

           

            Akhlrnya percayalah kalau pelajar dapat mengawal penggunaan masa.dengan baik dan

membahagikàn untuk kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan bermanfaat sebenarnya mereka telah membawa diri mereka semakin dekat dengan cita-cita mereka dan cita-cita tuan/puan.  Sebenarnya mereka  sudah mèlangkah  seribu tapak ke hadapan ke arah kejayaan
           
            Ingat, kalau kita rasa kita sibuk, ada orang lain lebih sebuk daripada kita.  Kalau kita terlalu banyak kerja penting, orang lain lagi banyak kerja penting yang hendak dilakukan.  Jesteru itu kalau orang lain boleh berjaya, maka kita dan anak-anak kita .juga boleh berjaya.  Kalau sekoah telah mengawasi aktiviti-aktiviti pelajar selama 6 jam sehari, maka baki sebanyak 18 jam sehari lagi adalah terletak di tangan dan bahu tuan/puan untuk memastikan anak tuan/puan melakukan aktiviti selanjutnya yang tentunya merupakan aktiviti yang terancang, terselia dan terkawal agar anak-anak yang sama-sama kita didik jadi manusia yang berguna.  Kita iaitu guru-guru dan ibu bapa mampu tersenyum lebar atas kejayaan mereka.  Kejayaan pelajar adalah kejayaan kita bersama.  Kami guru-guru mungkin mampu untuk tersenyum seketika, tetapi pelajar dan tuan/puan boleh tersenyum untuk selama-lamanya.

Sekian.

AJK PERKEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM SMK SG. KRUIT TAHUN 2009

Petua Memberikan Tumpuan Dalam Kelas

Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:

Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan  sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
                
             Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa  yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat. 

            Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.  Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih. Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak. Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda. Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru. Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
                             
Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara  tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU. Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan. Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas

Tuesday 29 March 2011

LATIH TUBI PMR 2011

MEYAKINI HARI KEBANGKITAN
  1. Nyatakan 3 bukti Allah berkuasa membangkitkan manusia selepas mati
  2. Terangkan proses kejadian hujan
  3. Nyatakan 2 cara hendah bersyukur dengan lidah
  4. Terangkan 3 perbezaan antara orang yang bersyukur dengan orang yang enggan bersyukur
  5. Nyatakan 3 cara bersyukur
MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH
  1. Nyatakan 4 nikmat Allah berdasarkan surah al-a’raf ayat 179 bserta dengan 3 fungsi bagi setiap nikmat tersebut.
  2. Nyatakan penyalahgunaan 4 nikmat kurniaan allah tersebut.
  3. Nyatakan 3 kesan penyalahgunaan nikmat kurniaan allah
  4. Senaraikan 3 hikmat pancaindera kepada manusia
  5. Nyatakan 3 amalan yang membolehkan manusia menjadi penghuni syurga.
AMALAN MUKMIN CEMERLANG
  1. Nyatakan semua amalan kebajikan yang terdapat dalam hadis serta 3 kelebihan bagi setiap amalan tersebut.
  2. Nyatakan 3 amalan yang mendapat pembelaan al-Quran dan 3 amalan yang menyebabkan pendakwaan al-Quran
  3. Mengapa kita mesti berakhlak mulia kepada Allah
  4. Nyatakan 3 contoh akhlak mulia terhadap Allah dan 3 akhlak mulia sesame manusia
  5. Nyatakan 3 sikap orang beriman terhadap amalan fardu dan sunat.
RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI
  1. Nyatakan nama 25 rasul yang wajib diketahui
  2. Nyatakan maksud ulul azmi dan nama-nama rasul ulul azmi.
  3. Nyatakan contoh pengorbanan dan kesabaran bagi semua rasul ulul azmi
  4. Nyatakan 3 ciri rasul ulul azmi.
KESAN BERIMAN KEPADA RASUL
  1. Nyatakan 3 kepentingan mencontohi para rasul
  2. Nyatakan 4 kesan beriman kepada rasul
  3. Nyatakan 4 akibat menolak sunnah rasul
‘ISMAH AR-RASUL
  1. Nyatakan maksud ‘ismah ar-rasul
  2. Nyatakan 3 hikmat rasul bersifat maksum
  3. Nyatakan maksud mukjizat, mukjizat hissi dan mukjizat maknawi
  4. Nyatakan contoh mukjizat nabi Muhammad, nabi Ibrahim, nabi Isa, nabi Yunus, nabi Soleh, nabi Musa dan nabi Sulaiman.
  5. Nyatakan 3 hikmat mukjizat
  6. Nyatakan 2 sebab para rasul dilantik dari kalangan manusia.
  7. Nyatakan maksud keramat, irhas, istidraj, sihir dan mau’nah
AL-MIZAN NERACA KEADILAM
  1. Nyatakan maksud mizan
  2. Nyatakan 3 kepentingan beriman kepada al-mizan
  3. Nyatkan 3 perbezaan antara pertimbangan di dunia dengan al-mizan di akhirat
  4. Nyatakan 3 hikmat beriman kepada al-mizan
TITIAN AL-SIRAT
  1. Nyatakan maksud al-sirat
  2. Nyatakan 3 kepentingan beriman kepada al-sirat
  3. Nyatakan keadaan manusia yang beriman dan yang tidak beriman ketika melalui al-sirat
  4. Nyatakan 3 amalan supaya berjaya melintasi al-sirat sebelum ke syurga
  5. Nyatakan 3 hikmat beriman dengan al-sirat.
SOALAT KETIKA SAKIT
  1. Nyatakan maksud solat ketika sakit
  2. Terang kaifiat solat ketika sakit
  3. Nyatakan 3 sebab solat diwajibkan walau dalam keadaan sakit
  4. Apakah hokum meninggalkan solat
  5. Nyatakan 3 hikmat rukhsah solat ketika sakit
  6. Nyatakan 2 perbezaan antara rukhsah solat ketika sakit dengan ketika bermusafir.
SOLAT AIDILFITRI
  1. Nyatakan maksud solat aidilfitri
  2. Nyatakan 3 amalan sebelum solat aidilfitri
  3. Nyatakan 3 perbezaan antara solat hari raya dengan solat jumaat
  4. Nyatakan hokum khutbah aidilfitri
  5. Nyatakan waktu khutbah aidilfitri
  6. Nyatakan 3 syarat khutbah aidilfitri
  7. Nyatakan 3 perkara sunat khutbah aidilfitri
  8. Nyatakan 4 rukun khutbah aidilfitri
  9. Nyatakan 3 hikmat solat aidilfitri
  10. Senaraikan 3 hikmat solat hari raya terhadap masyarakat islam
  11. Nyatakan  3 kepentingan takbir hari raya.
SOLAT SUNAT HAJAT
  1. Nyatakan maksud solat sunat hajat
  2. Nyatakan 3 tujuan solat sunat hajat
  3. Nyatakan 4 hajat yang sesuai di pohon
  4. Nyatakan 3 tindakan yang perlu dilaksanakan apabila permohonan dimakbulkan oleh allah
  5. Nyatakan 3 tindakan yang perlu dilakukan apabila permohonan tidak dimakbulkan oleh allah
  6. Pada pendapat anda, apakah 3 faktor sesuatu hajat itu tidak dimakbulkan oleh allah
  7. Nyatakan 3 perbezaan antara solat sunat hajat dengan solat sunat rawatib.
SOLAT SUNAT TAHAJUD
  1. Nyatakan maksud solat sunat tahajud
  2. Bilakah waktu yang paling afdhal mengerjakan solat sunat tahajjud
  3. Nyatakan 3 hikmat solat sunat tahajud
  4. Nyatakan 3 perbezaan antara solat sunat tahajud dengan solat sunat hajat.
  5. Senaraikan 4 solat sunat selain solat sunat tahajud.
SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA
PIAGAM MADINAH
PEMBUKAAN KOTA MEKAH
MENCONTOHI DAKWAH RASULULLAH
MENGHARGAI SUNATULLAH
ILMU PENYULUH KEHIDUPAN
MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
AR-RAHIM
AL-HAKIM
AL-ALIM
MENGHAYATI BULAN RAMADHAN        Q
ZAKAT FITRAH

JAWAPAN SELARAS PMR DAN SPM PENDIDIKAN ISLAM

KATA KUNCI JAWAPAN

PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR
Yang mendorong melakukan perkara baik (positif)
  1. Iman yang kukuh
  2. Pengetahuan agama yang mendalam
  3. Terpengaruh undur luar yang positif
  4. Dapat mengawal hawa nafsu
  5. Sering melakukan amal ibadah
  6. Memperbanyakkan doa kepada Allah
  7. Sering bertaubat di atas dosa yang dilakukan
  8. Mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan kemungkaran
PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR
Yang mendorong melakukan perkara buruk (negetif)
  1. Iman tidak mantap
  2. Kurang pendidikan agama
  3. Terpengaruh rakan sebaya
  4. Kurang kasih sayang ibu bapa
  5. Masyarakata tidak prihatin
  6. Pengaruh keduniaan/ kebendaan
  7. Terpengaruh hawa nafsu
  8. Terpengaruh dengan media massa
  9. Tidak melakukan perintah Allah
  10. Tidak membaca dan menghayati al-Quran
  11. Tidak mendengar nasihat alim ulamak
  12. makan makanan haram/ rasuah/ judi
KESAN/ AKIBAT/ SEBAB DILARANG
Jika melakukan perkara buruk atau negetif pada individu
  1. Dimurkai Allah
  2. Dibenci masyarakat/ hidup terasing
  3. Jiwa tidak tenteram
  4. Iman semakin kurang
  5. Dihukum qisas/ hudud semasa di dunia
KESAN/ AKIBAT/ SEBAB DILARANG
Jika melakukan perkara buruk atau negetif pada keluarga/ masyarakat
  1. Keluarga / masyarakat akan porak peranda
  2. Keluarga akan dipulaukan masyarakat
  3. Keluarga / masyarakat dkan dimurkai/ dilaknat Allah
  4. .  Keluarga / masyarakat sentiasa susah/ miskin
  5. Maruah keluarga/ masyarakat tercemar/ hina
KESAN/ AKIBAT/ SEBAB DILARANG
Jika melakukan perkara buruk atau negetif pada negara
  1. Negara menjadi mundur
  2. Ekonomi negara terjejas/ miskin
  3. Berlaku perpecahan kaum
  4. Banyak berlaku pergaduhan/ permusuhan
  5. Pembangunan terbantut
  6. Negara akan dijajah oleh kuasa asing
  7. Dilaknat/ mendapat bala dari Allah
KESAN/ AKIBAT/ SEBAB DILARANG
Jika melakukan perkara buruk atau negetif pada agama
  1. maruah agama rosak
  2. Sukar mengembangkan Islam
  3. Maruah umat Islam tercemar
KESAN POSITIF/ HIKMAH/ AKIBAT/ KEPENTINGAN/ KEUNGGULAN
Sesuatu amalan baik kepada individu muslim
  1. Dikasihi Allah
  2. Dihormati oleh masyarakat
  3. Melahirkan individu yang berjiwa murni dan luhur
  4. Jiwa tenang
  5. Hidup diberkati
  6. Maruah terjaga
  7. Akidah terpelihara
KESAN POSITIF/ HIKMAH/ AKIBAT/ KEPENTINGAN/ KEUNGGULAN
Sesuatu amalan baik kepada masyarakat muslim
  1. Hidup aman dan harmoni
  2. Syiar Islam berkembang
  3. Menjalin silaturrahim
  4. Masyarakat bekerjasama / pembangunan pesat
  5. Diredai Allah
  6. Ditambah nikmat dan rezeki Allah
KESAN POSITIF/ HIKMAH/ AKIBAT/ KEPENTINGAN/ KEUNGGULAN
Sesuatu amalan baik kepada negara
  1. Islam tersebar
  2. Taraf hidup meningkat
  3. Negara aman dan tenteram
  4. Negara menjadi maju
  5. Umat Islam bertambah kuat
  6. Ekonomi teguh
  7. Disegani negara lain
CARA MENGATASI
  1. Tingkatkan iman
  2. Menguatkuasakan undang-undang/ mengetatkan undang-undang
  3. Mengenakan hukuman berat/ qisas/ hudud
  4. Mengadakan kempen/ ceramag/ seminar berkaiatan dengannya.
  5. Membaca dan menghayati al-Quran
  6. Melaksanakan segala perintah Allah.
  7. Menjauhi segala larangan Allah.
  8. Masyarakat prihatin/ memberi teguran/ melapor pihak bertanggungjawab
  9. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
  10. Mematuhi arahan pemimpin negara
  11. Menegakkan keadilan Allah.
  12. Menghapuskan/ menutup tempat maksiat
  13. Mendengar nasihat alim ulamak
  14. Ibubapa berperanan mendidik anak-anak
  15. Mengawal media massa
  16. Mangawal hiburan dari keterluan
  17. Membentuk pembimbing rakan sebaya
CARA MENGATASI/ APLIKASI/ CARA/
Yang meminta jawapan yang berbentuk perlakuan
  1. Melaksanakan ibadat wajib
  2. Membaca dan menghayati al-Quran
  3. Berzikir
  4. Berdoa
  5. Menghadiri majlis ilmu keagamaan/ akedemik
SIKAP  ATAU SIFAT
1.        Bertawakkal setelah berusaha
2.        Redha dengan ketentuan Allah
3.        Sabar dengan ujian Allah
4.        Qanaah berpada dengan apa yang ada
5.        Amanah
6.        Ikhlas meakukan sesuatu
7.        rajin berusaha/ tidak putus asa
8.        Sentiasa mengingati Allah
9.        Menepati masa
10.    Menjaga disiplin
11.    Sentiasa berhati-hati
12.    Takut melakukan maksiat







NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

(TILAWAH AL-QURAN)
MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Nikmt Kurniaan Allah
  • Iman
  • Islam
  • Akal
  • Kesihatan tubuh badan
Cara bersyukur
Anggota
Cara
Hati
Sentiasa mengingati Allah
Lidah
Mengucapkan alhamdulillah ketika mendapat nikmat
Tubuh Badan
Menggunakan nikmat untuk kebaikan (zakat, sedekah)

Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hud a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
Sebab umat terdahulu dibinasakan
  1. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
  2. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
  3. Melakukan kemungkaran dan maksiat
  4. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
Tugas manusia sebagai khalifah
  • beribadat kepada-Nya
  • menegakkan agama Islam
  • melaksanakan amar makruf nahi mungkar
  • membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
  • Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
  • manusia mesti bersyukur nikmat Allah
  • orang tidak bersyukur diazab Allah
LATIHAN
  1. Nyatakan 2 langkah yang perlu dilakukan supaya nikmat sentiasa bertambah
  2. Nyatakan 2 ikhtibar yang patut diambil oleh generasi kini daripada peristiwa yang menimpa kaum terdahulu 
HADIS
(MAKANAN YANG BAIK)

Ciri makanan yang baik
  • Makanan mengandungi pelbagai zat
  • Dari jenis yang halal menurut syarak
  • Tumbuhan yang halal kecuali yang memudaratkan
  • Haiwan yang halal dan disembelih
Hikmat memilih makanan yang baik
  • Menjaga kesihatan badan
  • Memelihara kewarasan akal
  • Dimakbulkan doa
  • Menjauhi seksaan neraka
Sebab doa tidak dimakbulkan Allah
  • Pengambilan makanan dan minuman yang haram
  • Berpakaian tidak menutup aurat
  • Solat yang dilakukan tidak sempurna
Rukhsah makan dan minum yang haram
  • Terdapat makanan dan minuman yang haram sahaja
  • Makanan dan minuman sekadar menyelamatkan nyawa
  • Makan dan minum bukan untuk kenyang 

AKIDAH
(PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN)

Maksud iman
  • Dari segi bahasa ialah percaya
  • Menurut ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan dihati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
Keperluan iman dalam kehidupan
  • Membentuk insane muslim sejati
  • Supaya istiqamah dalam ibadat
  • Bertanggungjawab dan amanah
  • Melakukan kebaikan
  • Sabar dan redha menghadapi kesusahan
Perkara-perkara yang membatalkan iman
a)       syirik ( syirik jail dan syirik khafi)
  • Syirik bermaksud menyekutukan allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatan)
  • Syirik jail bermaksud perlakuan syirik secara terang-terangan (contohnya: Menyembah berhala) ia membatalkan iman atau akidah
  • Syirik khafi bermaksud tidak meletakkan allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat (contohnya: riak, ujub dan takbur) iman atau akidah tidak terbatal tetapi merosakkan iman atau akidah.
b)       Kufur (kufur hakikat dan kufur nikmat)
  • kufur bermaksud tidak percaya kepada allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad.
  • Kufur hakikat bermaksud ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah. (contohnya: menolak hokum yang terdapat dalam al-Quran)
  • Kufur nikmat bermaksud mengingkari allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaannya. (contohnya: boros membelanjakan harta)
c)       Riddah
  • Maksudnya berpaling atau keluar daripada agama Islam.
  • Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui:
CARA
HURAIAN
I’tikad
Berniat hendak meninggalkan agama Islam
Perkataan
Mengistiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
Perbuatan
Menganut agama selain daripada agama Islam

Kesan daripada perbuatan riddah
  • Hubungan suami isteri terfasakh
  • Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
  • Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
  • Haram dikebumikan diperkuburan Islam
  • Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
Cara menangani orang murtad
  • Memberi nasihat supaya dia bertaubat
  • Membari perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
  • Menguatkuasakan hukuman Islam iaiti dibunuh
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
  • Membari amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan
  • Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam
  • Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara
  • Menghalang perbuatan yang merendah dan memburukkan agama Islam
d)       Khurafat
  • Ia bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat
  • mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
  • mempercayaai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
  • Membuang ancak bagi menghalau hantu
  • Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu hajat.
Kesan mempercayai dan mengamalkan khurafat
  • menyebabkan syirik dan batal imannya
  • membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara yang sia-sia
  • menyekat akal berfikir secara logic dan sistematik
  • masyarakat akan menjadi mundur kerana dipengaruhi oleh khayalan.
e)       Sihir
  • Ia bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia.
Cara mengelakkan daripada terkena sihir
  • Beriman sepenuhnya kepada kekuasaan allah
  • Sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada terkena sihir
  • Sentiasa membaca al-Quran
  • Beribadah dengan ikhlas
f)        Nifak (Munafik)
  • Ia bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada allah.
  • Orang yang melakukan sifat ini digelar munafik.
Akibat buruk munafik
  • Menghilangkan sikap percaya mempercayai
  • Melemahkan perpaduan masyarakat
  • Menghancurkan kekuatan umat Islam
  • Tidak mendapat ketenangan hidup di dunia dan di akhirat
  • Menghalang usaha pembangunan dan memajukan masyarakat Islam.

IBADAT
(KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH)

  • Haji dan umrah ialah rukun Islam ke 5.
  • Wajib ditunaikan sekali seumur hidup
  • Perbuatan berhutang atau bergadai harta dengan tujuan untuk menunaikan fardu haji adalah tidak menepati kehendak syariat.
Pengertian haji dan umrah

Bahasa
Istilah
Haji
Mngunjungi tempat yang mulia
Mengunjungi baitullah al-haram di mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu
Umrah
Ziarah
Menziarahi batullah al-haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.

UPAH HAJI
  • Ia bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.
  • Ditunaikan oleh warisnya atau orang lain
a)       meninggal dunia
  • seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’I kemudian dia meninggal dunia kewajipan haji tetap tidak gugur.
  • Hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.
b)       tidak mempunyai keupayaan fizikal
  • Iaitu orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, tua dan sebagainya.
  • Orang yang mengambil upah haji mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu.
HIKMAH UPAH HAJI
  • Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.
  • Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
  • Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibubapa atau keluarga yang telah meninggal.
HIKMAH HAJI
INDIVIDU
MASYARAKAT
Menghapuskan dosa-dosa kecil
Saling berkenalan sesame umat Islam
Membersihkan jiwa daripada maksiat
Membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam
Memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah
Membentuk pakatan bersama menghadapi musuh
Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
Meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam

CARA MENYEMPURNAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

Syarat wajib haji
v      Islam                       (Tidak wajib ke atas orang kafir dan murtas)
v      Baligh                     (Tidak wajib ke atas kanak-kanak)
v      Berakal                   (Tidak wajib ke atas orang gila)
v      Berkuasa                (Tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan menunaikannya)
v      Merdeka                (Tidak wajib ke atas hamba)

Rukun haji dan umrah
  • Semua rukun adalah dalam bentuk perbuatan kecuali niat
  • Tertinggal salah satu rukun maka hajinya tidak sah
  1. Niat ihram
  • Iaitu berniat menunaikan haji di miqat setelah memakai ihram
  1. Wuquf di padang arafah
  • Walaupun hanya sekejap di antara gelincir matahari pada 9 zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 zulhijjah
  1. Tawaf
  • Iaitu mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadah kepada Allah
  • Dilakukan selepas wukuf di arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.
Jenis-jenis tawaf
a.        Tawaf qudum
    • Iaitu tawaf selamat datatang. Ia disunatkan bagi mereka yang baru sampai ke mekah
b.       Tawaf ifadah atau tawaf rukun
    • Iaitu tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadah haji.
c.        Tawaf wadak
    • Iaitu tawaf selamat tinggal. Ia sunat dilakukan oleh orang yang hendak meninggalkan kota mekah
d.       Tawaf sunat
    • Iaitu tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa
  1. Sa’ie
  • Iaitu jalan berulang-alik dari bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat saie
    1. Hendaklah dimulai dari safa dan berakhir di marwah
    2. Dilakukan sebanyak 7 kali
    3. Dilakukan selepas tawaf rukun (tawaf ifadhah)
    4. Dilakukan dengan perjalanan biasa
    5. Memulakan niat saie semasa mula di safa.
  1. Bercukur
  • Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai setelah selesai saie.
  1. Tertib
  • melakukan rukun haji mengikut sususan
Perbezaan antara rukun haji dan umrah
Rukun Haji
Rukun Umrah
1. Niat melakukan haji
1. Niat melakukan umrah
2. Wukuf di Arafah
2. Tiada ibadah wukuf

WAJIB HAJI DAN UMRAH
  • Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dan atau denda mengikut kadar yang ditentukan
WAJIB HAJI
  1. Berniat ihram di miqat
  • miqat ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah
Miqat terbahagi kepada 2 iaitu:
    1. Miqat zamani (masa).
    • Ia bermula dari bulan syawal hingga sebelum terbit fajar kedua (fajar sadiq) pada hari kesepuluh bulan zulhijjah.
    1. Miqat makani (tempat)
  1. Bermalam di muzdalifah
  • Terletak antara arafah dan mina
  • Pada selepas separuh malam ke 10 zulhijjah iaitu selepas wukuf di arafah dan sebelum terbit fajar.
  1. Melontar jamratul aqobah
  • Selepas bermalam di muzdalifah.
  • Melontar selepas tengah malam pada 10 zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari pada 13 zulhijjah.
  • Waktu afdhal ialah pagi 10 zulhijjah.
  1. Bermalam di Mina
  • Pada hari tasyrik iaitu 11, 12, 13 zulhijjah.
  • Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.
  1. Melontar ketiga-tiga jamrah
  • Melontar di jamratul ula, jamratul wusto dan jamratul aqobah dengan menggunakan 7 anak batu pada tiap-tiap jamrah
  • Dilakukan selepas gelincir matahari pada hari rasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 zulhijjah hingga terbenam matahari.
  1. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram
  • Sekiranya melakukan juga dia wajib membayar dam

WAJIB UMRAH

1. Berniat ihram di miqat (sama dengan miqat haji)
2. Meninggalkan perkara2 yg dilarang semasa ihram.

SUNAT-SUNAT HAJI

- Mandi ketika hendak berniat ihram di miqat
- Sembahyang 2 rakaat sebelum berniat ihram
- Memaikai pakaian ihram bewarna putih
- Memotong kuku sebelum ihram
- Membanyakkan ucapan talbiah semasa ihram sehingga melontar di jamrah aqobah
- Mandi ketika hendak meninggalkan kota mekah dan ketika hendak wukuf di padang arafah.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM

- Memakai pakaian yg berjahit bg lelaki
- Memakai wangi-wangian
- Memotong kuku
- Memotong rambut atau mana-mana bulu pd anggota badan
- Menutup kepala bagi lelaki
- Menutup muka dan 2 tapak tangan bg wanita
- Memakai minyak rambut di kepala atau janggut
- Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram
- Berburu binatang buruan darat
- Bernikah atau menikahkan
- Melakukan perkara2 yg merupakan permulaan kepada persetubuhan
- Bersetubuh

HIKMAH DIADAKAN LARANGAN IHRAM

- Manusia sama sahaja di sisi Allah
- Menguji keimanan dan kesabaran manusia dlm melakukan ibadah kpd Allah
- Melatih manusia supaya lebih berdisiplin.

CARA MENGAERJAKAN HAJI

1. Mengerjakan haji ifrad
- Haji ifrad bermaksud mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan, sama ada melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah.
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah ia lebih afdhal dan jemaah haji tidak dikenakan dam (denda)

2. Mengerjakan haji tamattuk
- Haji tamatuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah memberi kelapangan dan keselesaan kpd jemaah dlm mengerjakan ibadah haji. Mereka boleh meninggalkan ihram umrah tetapi dikenakan dam.

3. Mengerjakan haji qiran
- Haji qiran bermaksud mengerjakan ibadah haji dan umrah secara serentak.
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini memberi kesenangan dan kemudahan kpd jemaah haji. Mengerjakan haji ini mengambil masa yg singkat tetapi dikenakan dam.