| BIL | ISTILAH | MAKSUD / PENGERTIAN |
| 1. | Haji | Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu |
| 2 | Umrah | Menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibada tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan |
| 3 | Upah haji | Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain |
| 4 | Wukuf | Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjjah |
| 5 | Tawaf | Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah |
| 6 | Tawaf Qudum | Tawaf selamat datang |
| 7 | Tawaf Ifadhah | Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji. |
| 8 | Tawaf Widak | Tawaf yang sunat ditunaikan oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah |
| 9 | Tawaf Sunat | Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa. |
| 10 | Saei | Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu |
| 11 | Bercukur/gunting | Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai . Dilakukan setelah selesai saie bagi menamatkan ibadat haji |
| 12 | Tertib | Dilaksanakan mengikut susunan dengan mendahului niat ihram daripada rukun-rukun yang lain. |
| 13 | Wajib haji | Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orangyang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dam atau didenda mengikut kadar yang ditentukan |
| 14 | Miqat | Sempadan tempat atau masa yang ditentukan utk berniat ihram haji & umrah |
| 15 | Miqat zamani | Sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram. |
| 16 | Miqat Makani | Sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram. |
| 17 | Bermalam di Muzdalifah | Berada di Muzdalifah selepas tengah malam ke-10 Zulhijjah (selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar) |
Tuesday, 5 April 2011
ISTILAH-ISTILAH DALAM BAHAGIAN IBADAH TINGKATAN 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih tuan.. izin kan saya memanfaatkannya
ReplyDeleteTerima kasih.. ini telah memudahkan kerja rumah saya
ReplyDelete