Saturday 26 November 2011

Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR

Assalamualaikum....

Disini saya ingin berkongsi beberapa tip untuk menjawab soalan PMR Pendidikan Islam. Jika ada kelemahan atau kekurangan tegur2lah dan kongsi2kanlah...

BAHAGIAN TILAWAH DAN HADIS
# Bagi soalan terjemahan ayat alquran biasanya ayat yg digariskan ialah ayat yg mana bunyinya hampir sama dengan bunyi melayunya. Contoh: al-kitab yang bermaksud kitab.
# Bagi soalan menjawikan tulisan rumi, walau selemah mana pun anda, anda harus menguasai beberapa perkataan mudah seperti perkataan dan, yang, islam... Insyaallah 1 markah dalam tgn anda.
# Anda juga perlu menguasai intisari ayat ayat al-Quran dan juga hadis. Biasanya soalan bertanyakan soalan berdasarkan ayat.
# Berhati2 juga dengan terjemahan ayat al-quran. Contoh ayat "zolamna". Jika anda jawab zalim maka jawapan anda tidak boleh diterima kerana jawapannya ialah "menzalimi kami"

BAHAGIAN IBADAT
# Bagi soalan hukum yang mempunyai pilihan jawapan, jawapan yg diberikan tidak akan berulang utk soalan yang lain.

Thursday 7 July 2011

TAJUK TARGET PMR 2011

HADIS
Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
1. Pengertian al-Quran
• Kalam Allah yang diturunkan kpd nabi Muhammad dengan perantaraan malaikat Jibril.

2. Pengertian hadis
• Ucapan, pengakuan, perbuatan dan sifat yg disandarkan kpd Nabi Muhammad

3. Cara berpegang teguh dengan al-quran dan hadis
• Yakin dgn kebenaranNya
• Mempelajari dan memahami isi kandunganNya
• Dijadikan sbg sumber rujukan utama
• Mengamalkan ajarannya

4. Cara memahami al-quran dan hadis
• Mempelajarinya drp mereka yg pakar
• Membaca dan memahami
• Mendalami isi kandungannya
• Mengamalkan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya

5. Hubungan antara al-Quran dan hadis
• Menjelaskan ayat al-Quran yg umum
• Memperincikan sesuatu hukum yg tidak diterangkan secara jelas di dlm al-Quran

Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan
1. Sebab digalakkan menuntut ilmu
• Merupakan tuntutan agama
• Dapat memajukan diri, agama, bangsa dan negara
• Dapat meningkatkan keimanan
• Akan disanjung oleh masyarakat

2. Cara menjadi orang yg berilmu
• Belajar dgn bersungguh-sungguh
• Sentiasa membaca buku yg berfaedah
• Rajin menghadiri majlis ilmu
• Berkawan dgn orang yg berilmu

3. Faedah menjadi orang yg berilmu
• Segala cita-cita akan tercapai
• Dapat membentuk akhlak yg terpuji
• Dapat membezakan antara yg baik dgn yg buruk
• Mendapat kejayaan dlm hidup

4. Ciri-ciri ilmu yg berguna
• Ilmu yg meningkatkan keimanan kpd Allah
• Ilmu yg tdk menyesatkan
• Ilmu yg mendidik akhlak manusia
• Ilmu yg dapat memajukankan diri

Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama
1. Maksud kemungkaran
• Segala perbuatan yg diharamkan oleh syariat Islam

2. Cara mencegah kemungkaran
• Dengan tangan iaitu dengan menggunakan kuasa yang dimiliki
• Dengan lidah iaitu dengan memberi nasihat
• Dengan hati iaitu membenci dan tidak melakukan perkara mungkar

3. Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yg betul
• Imej umat Islam tercemar
• Sasaran dakwah tidak tercapai
• Masyarakat Islam dipandang hina
• Kemungkaran semakin berleluasa dlm masyarakat

Amalan Mukmin Cemerlang
1. Amalan mukmin cemerlang dan kelebihannya
a. Wuduk
- Menyucikan diri drp hadas dan najis
- Dapat mengawal perasaan marah
b. Tahmid
- Mendapat pahala yg memberatkan timbangan almizan
- Dapat menguatkan ingatan
c. Tasbih
- Melatih diri supaya sentiasa bersyukur
- Mendapat ketenangan jiwa
d. Solat
- Mencegah drp melakukan maksiat
- Mendapat ketenangan jiwa
e. Sedekah
- Menghapuskan sifat mazmumah seperti kedekut
- Dapat mengeratkan silaturrahim
f. Sabar
- dapat membentuk akhlak mulia
- dapat menyelesaikan masalah dgn mudah
g. al-Quran
- Penawar segala penyakit
- Memberi ketenangan jiwa kpd pembacanya

2. Amalan yg mendapat pembelaan al-Quran
• Memuliakan al-quran
• Mengamalkan kandungan al-Quran
• Meyakini al-Quran sbg panduan hidup

3. Amalan yg menyebabkan pendakwaan al-Quran
• menghina al-Quran
• Mengingkari hukum yg terdapat dlm al-Quran
• Tidak menjadikan al-Quran sbg panduan hidup

4. Contoh akhlak mulia terhadap Allah
• Melaksanakan perintah allah dan meninggalkan laranganNya
• Sentiasa menginati Allah
• Melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah
• Reda dgn ketentuan Allah

5. Contoh akhlak mulia terhadap manusia
• Bersikap adil
• Berbuat baik sesame manusia
• Membantu orang yg susah
• Bekerjasama antara satu sama lain

6. Sikap orang beriman terhadap amalan fardu dan sunat
• Tidak meninggalkan ibadat wajib
• Sentiasa melakukan amalan sunat

IBADAH
Istinjak
1. Maksud istinjak
• Membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dgn alat tertentu

2. Hukum istinjak
• Wajib

3. Alat yg boleh digunakan utk beristinjak
• Air mutlak – contoh: air hujan, air paip, air sungai, air perigi
• Benda-benda kesat – contoh: Batu, kayu, tisu, daun kering

4. Syarat istinjak dgn benda kesat
• Alat yg digunakan mesti suci dan kering
• Tempat keluar najis belum kering
• Najis tidak meleleh ke tempat lain
• Disapu sebanyak 3 kali

5. Bahan yang diharamkan utk beristinjak
• Bahan makanan seperti roti dan biskut
• Tulang binatang
• Najis yg kering seperti tahi lembu
• Benda licin
• Benda yg berbahaya
• Kertas yg tertulis ayat al-Quran

6. Cara beristinjak
Alat Cara
Air mutlak Basuh tempat keluar najis dgn air mutlak sehingga kering
Benda kesat Bersihkan tempat keluar najis sehingga bersih dgn benda kesat sehingga hilang bau, rasa dan warna
Air mutlak dan benda kesat Menyapu tempat keluar najis dgn 3 biji batu atau sebiji batu berbucu 3, kemudian diikuti dgn air mutlak hingga hilang bau, rasa dan warna

Mandi
1. Maksud mandi
• Meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat mengangkat hadas atau membersihkan kekotoran

2. Jenis-jenis mandi
a. mandi wajib – iaitu mandi yg disertakan niat kerana berhadas besar
b. mandi sunat – iaitu mandi yg disertakan niat kerana sebab tertentu yg disunatkan seperti mandi sunat hari raya
c. mandi harus – iaitu mandi selain mandi wajib dan mandi sunat.

3. Sebab yg mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan
Lelaki dan perempuan Perempuan sahaja
Keluar mani Nifas
Bersetubuh Haid
Mati selain mati syahid Wiladah (melahirkan anak)

4. Rukun mandi wajib
• Niat mandi wajib
• Meratakan air ke seluruh anggota badan

5. Perkara sunat ketika mandi
• Membaca basmalah
• Membersihkan najis atau kekotoran yg menghalang air sampai ke kulit
• Berwuduk sebelum mandi
• Mendahulukan anggota kanan
• Menggosok ke seluruh anggota badan
• Membaca doa

6. Perkara yg haram dilakukan ketika berhadas bagi lelaki dan perempuan
Lelaki dan perempuan Perempuan sahaja
Solat
Sujud tilawah Bersetubuh
Sujud syukur Puasa
Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran Bergurau senda antara pusat hingga lutut dengan suami
Berhenti dlm masjid
Tawaf

Samak
1. Maksud samak
• Menyucikan kulit binatang selain anjing dan babi dengan cara tertentu

2. Alat samak
• Tawas
• Kapur sirih
• Buah manjakani

3. Cara menyamak
• Buang segala kekotoran, lender, darah dan lemak yg ada pada kulit binatang
• Kulit digosok dengan bahan yg boleh menanggalkan semua kekotoran, lendir, darah dan lemak
• Selepas itu kulit binatang dijemur hingga kering

Menghayati Bulan Ramadan
1. Maksud ramadan
• Bulan rahmat yang mana pada ketika itu umat Islam diwajibkan berpuasa

2. Keistimewaan bulan ramadan
• Doa dimakbulkan
• Diampunkan dosa-dosa yg lalu
• Bulan al-Quran diturunkan
• Bergembira ketika berbuka puasa
• Terdapat satu malam yg dinamakan malam lailatul qadar

3. amalan utama dalam bulan ramadan
• Tilawah al-Quran
• Solat tarawih
• Sedekah

4. Amalan sunat lain bulan ramadan
• Qiamullail
• Iktikaf

Zakat Fitrah
1. Maksud zakat fitrah
• Mengeluarkan makanan asasi sesebuah negara dgn kadar tertentu dan diberikan kpd golongan tertentu dgn syarat-syarat tertentu

2. Hukum mengeluarkan zakat
• Wajib

3. Kadar zakat fitrah
• 1 gantang baghdad = 2.7 kilogram

4. Syarat wajib zakat fitrah
• Islam
• Mempunyai harta yg lebih drp keperluan utk diri dan keluarga pd malam dan siang hari raya
• Sempat hidup pd akhir ramadhan dan awal syawal.

5. Waktu mengeluarkan zakat fitrah
waktu tempoh
Wajib Bermula dr terbenam matahari pd akhir ramadan
Sunat Bermula dr masuk waktu subuh 1 syawal hingga solat sunat aidilfitri
makruh Selepas solat aidilfitri hingga terbenam matahari 1 syawal
Haram Terbenam matahari pd 1 syawal
harus Sepanjang bulan ramadan

6. Golongan yg berhak menerima zakat fitrah
• Fakir
• Miskin
• Amil
• Mualaf
• Orang yang berhutang
• Musafir
• Orang yg berjuang pd jalan allah (fisabilillah)
• Hamba yg hendak memerdekakan diri

7. Perbezaan antara zakat fitrah dengan sedekah
Zakat fitrah sedekah
Hukumnya wajib Hukumnya sunat
Waktunya sepanjang bulan ramadan Waktunya bila-bila masa
Kadarnya ditentukan syarak Kadarnya tidak ditentukan
Diberikan kpd golongan asnaf Diberikan kepada sesiapa sahaja

Solat Ketika Sakit
1. Maksud solat ketika sakit
• Mengerjakan solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yg menghalang drp mengerjakan secara biasa mengikut kemampuan.

2. Kaifiat solat ketika sakit
a. Solat secara duduk – duduk seperti duduk antara 2 sujud
- Rukuk dgn menundukkan sedikit kepala
- Sujud seperti biasa
b. Solat secara mengiring – Baring mengiring di atas rusuk kanan
- Muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dgn isyarat kepala
- Tunduk utk sujud iaitu lebih sedikit berbanding rukuk
c. Solat secara menelentang – Baring menelentang
- Kepala ditinggikan sedikit supaya muka mengadap kiblat
- rukuk dan sujud dgn isyarat kepala
- Kaki melurus ke arah kiblat
d. Solat secara isyarat kelopak mata – Baring menelentang
- kaki melurus ke arah kiblat
- rukuk dgn menggerakkan mata
- Sujud dgn memejamkan mata
e. Solat secara ingat dalam hati – Solat dilakukan dgn membayangkan dalam hati
- Pergerakan mengikut tertib rukun

3. Sebab solat diwajibkan walau dalam keadaan sakit
• Solat merupakan tiang agama
• Solat dapat mencegah drp melakukan maksiat
• Solat adalah ibadah pertama diwajibkan ke atas org Islam
• Solat merupakan penawar kpd penyakit

4. Perbezaan antara rukhsah solat ketika sakit dengan ketika bermusafir
Rukhsah solat ketika sakit Rukhsah solat ketika bermusafir
Dalam keadaan sakit Ketika musafir melebihi 2 marhalah
Rakaat mestilah sempurna Boleh dilakukan secara qasar dan jamak
Solat Aidilfitri dan Aidiladha
1. Maksud solat aidilfitri
 Solat 2 rakaat yg dilakukan oleh umat Islam pd pagi 1 Syawal

2. Maksud solat aidilahda
 Solat 2 rakaat yg dilakukan oleh umat islam pada pagi 10 Zulhijjah

3. Amalan sebelum solat aidilfitri dan solat aidiladha
• Mandi sunat pd pagi hari raya
• Memakai pakaian baru dan bersih
• Memakai wangi-wangian bagi lelaki
• Bermaf-maafan dgn ibubapa dan kaum keluarga
• Datang awal ke masjid

4. kaifiat solat aidilfitri dan solat aidiladha
• Niat solat
• Baca doa iftitah selepas takbiratul ihram
• Mengangkat takbir sebanyak 7 kali selepas membaca doa iftitah
• Selesai 7 kali takbir bacalah surah al-fatihah dan mana-mana surah
• Rukuk, sujud, dan duduk antara 2 sujud seperti biasa
• Pada rakaat ke 2, 5 kali takbir dgn diikuti bacaan tasbih secara berselang-seli
• Rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud seperti biasa
• Tahuyyat akhir
• Salam

5. Perbezaan antara solat hari raya dengan solat jumaat
Solat hari raya Solat jumaat
Khutbah selepas solat Khutbah sebelum solat
Sunat bagi semua umat Islam Wajib bg lelaki yg beragama Islam
Ditunaikan setahun sekali Ditunaikan seminggu sekali

6. Kepentingan takbir hari raya
• Dapat mengeratkan silaturrahim
• Memeriahkan dan menghidupkan suasana hari raya
• Mengingatkan tentang kebesaran Allah
• Melahirkan rasa insaf dan kelemahan diri

Solat Sunat Hajat
1. maksud solat sunat hajat
 Solat sunat 2 rakaat utk memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu yg tidak diiingini

2. Tujuan solat sunat hajat
• Mendapat ketenangan jiwa
• Memohon hajat utk diri sendiri atau utk orang lain
• Untuk mendekatkan diri kpd Allah

3. Hajat-hajat yg sesuai dipohon
• Berjaya dlm peperiksaan
• Dimurahkan rezeki
• Mendapat jodoh yg baik
4. Perbezaan antara solat sunat hajat dengan solat sunat rawatib
Solat sunat hajat Solat sunat rawatib
Boleh dilakukan pd bila-bila masa Mengiringi solat fardu iaitu sebelum atau selepas
Boleh dilakukan secara berjemaah Hanya dilakukan secara bersendirian
Mempunyai doa yg khusus Tidak mempunyai doa yg khusus.

Solat Sunat Tahajud
1. Maksud solat sunat tahajud
 Solat sunat yg dilakukan setelah terjaga drp tidur walau pun tidur hanya sekejap

2. Kaifiat solat sunat tahajud
• Niat
• Rakaat pertama – baca doa iftitah, surah al-fatihah dan aurah al-kafirun atau mana-mana surah
• Rakaat kedua – baca surah al-fatihah dan surah al-ikhlas atau mana-mana surah
• Tahiyat akhir dan salam seperti biasa
• Berdoa

3. Waktu yg paling afdhal mengerjakan solat sunat tahajud
• Tengah malam ( satu pertiga malam terakhir)

4. Perbezaan antara solat sunat tahajud dgn solat sunat hajat
Solat sunat tahajud Solat sunat hajat
Waktu malam (setelah bgn drp tidur) Pada bila-bila masa
Sebagai memulakan ibadat pd waktu mlm Memohon hajat kpd Allah
Afdal secara sendirian bersendirian atau berjemaah

5. Hikmat solat sunat tahajud
• Dapat mendekatkan diri kpd Allah
• Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah
• Mendapat ketenangan jiwa
• Melahirkan rasa seronok beribadat kpd Allah

6. Senaraikan 4 solat sunat selain solat sunat tahajud
• Solat sunat hajat
• Solat sunat tarawih
• Solat sunat rawatib
• Solat sunat witir

Monday 11 April 2011

JAWAPAN BAGI SOALAN PENGAJARAN AYAT ATAU HADIS

Untuk apa-apa soalan pengajaran mulakan jawapan anda dengan ungkapan berikut:

1. Kita hendaklah ...................................
2. Umat Islam mesti ...............................
3. Sentiasalah .....................................

Wednesday 6 April 2011

6 ORANG MENDAPAT DOA PARA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2. Orang yang menunggu solat
3. Orang yang berada di saf hadapan ketika solat
4. Orang yang menyambung saf
5. Mengucapkan "AMIN" Ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah
6. Oarang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat

Tuesday 5 April 2011

MUDAH UNTUK LULUS PENDIDIKAN ISLAM DALAM PMR DAN SPM

Untuk lulus peperiksaan bagi mata pelajaran pendidikan Islam amat mudah sekali dengan syarat pelajar faham kehendak soalan dan rajin berfikir.
Biasanya pelajar yang gagal dalam matapelajaran ini adalah disebabkan pelajar tidak berusaha untuk menjawab soalan dan pelajar tidak mahu berusaha untuk memikirkan jawapan yang munasabah.

ISTILAH-ISTILAH DALAM BAHAGIAN SIRAH TINGKATAN 4

BIL
ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1.
Khalifah
Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam

2
Kharaj
Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau bukan Islam.

3
Kharaj Musahah/Wazifah

Cukai tanah yang dibayar mengikut keluasan tanah (diuruskan oleh kerajaan)
4
Kharaj Muqasamah

Cukai tanah yang diambil berdasarkan jumlah hasil tananam (diuruskan oleh kerajaan)
5
Kharaj Ihtiram/Iqta’

Cukai melalui sewaan atau pajakan tanah yang uruskan oleh tuan-tuan tanah
6
Jizyah
Perlindungan  - cukai yang dikenakan kepada orang kafir Zimmi  iaitu orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan Islam

7
Zakat
Kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat-syarat tertentu

8
Usyur
- Cukai yang dikenakan sebanyak 10 % daripada hasil pertanian yang diperolehi daripada tuan-tuan tanah
- Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan-pelabuhan negara Islam untuk tujuan perniagaan.

9
Faii
- Harta rampasan daripada orang kafir Harbi tanpa peperangan seperti harta orang-orang murtad dan kafir Harbi yang ditinggalkan
- Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah

10
Ghanimah
Harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam melalui peperangan.

11
Kafir Harbi
Orang kafir yang menetap di negara Islam tetapi tidak mengikat perjanjian dengan kerajaan Islam.

12
Kafir Zimmi
Orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan Islam

13
Baitul Mal

Institusi kewangan terbesar negara

ISTILAH-ISTILAH DALAM BAHAGIAN IBADAH TINGKATAN 4

BIL
ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1.
Haji
Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu

2
Umrah
Menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibada tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

3
Upah haji
Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain

4
Wukuf
Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjjah

5
Tawaf
Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah

6
Tawaf Qudum
Tawaf selamat datang

7
Tawaf Ifadhah
Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji.

8
Tawaf Widak
Tawaf yang sunat ditunaikan oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah

9
Tawaf Sunat
Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa.

10
Saei
Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu

11
Bercukur/gunting
Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai . Dilakukan setelah selesai saie bagi menamatkan ibadat haji

12
Tertib
Dilaksanakan mengikut susunan dengan mendahului niat ihram daripada rukun-rukun yang lain.

13
Wajib haji
Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orangyang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dam atau didenda mengikut kadar yang ditentukan

14
Miqat
Sempadan tempat atau masa yang ditentukan utk berniat ihram haji & umrah

15
Miqat zamani
Sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram.

16
Miqat Makani
Sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram.

17
Bermalam di Muzdalifah
Berada di Muzdalifah selepas tengah malam ke-10 Zulhijjah  (selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar)

ISTILAH-ISTILAH DALAM BAHAGIAN AQIDAH TINGKATAN 4

BIL
ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1.
Iman
Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan

2
Syirik
Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al

3
Kufur
Orang yang mengingkari prinsip aqidah dalam al-Quran dan Hadis / orang yang tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhamad

4
Riddah
Berpaling/ keluar daripada agama Islam

5
Khurafat
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam.

6
Sihir
Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan / jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia

7
Nifa’
Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah s.w.t

8
Dosa
Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya

9
‘Asi
Orang yang melanggar hukum Allah

10
Dosa besar
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat

11
Dosa kecil
Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

12
Menipu dan berbohong
Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain

13
Mencuri

Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.

14
Merompak
Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.

15
Riba

Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang , pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang

Saturday 2 April 2011

TINGGALKAN KAEDAH BELAJAR YANG TIDAK BERKESAN

     Jika selama ini kaedah yang anda gunakan untuk mengulangkaji tidak membantu untuk meningkatkan pencapaian anda, maka anda harus menggunakan kaedah lain.
    
     Contohnya: Jika selama ini anda hanya menggunakan kaedah membaca sahaja, ubahlah kepada kaedah membaca sambil membuat nota. Atau setelah membaca, tutup buku kemudian cuba tuliskan kembali apa yang anda ingat dengan bacaan anda sebentar tadi. GOOD LUCK

Friday 1 April 2011

KOLEKSI DOA MAJLIS RASMI SEKOLAH

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)                 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
                                                                
DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya

Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya

Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

DOA SEMPENA MESYUARAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang  beriman  serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah,
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu, dalam seluruh hidup kami,
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami, dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga penjaga pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI GURU 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari Guru Tahun Semasa)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata . 

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
 Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta  .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam  Majlis Anugerah Kecemerlangan  . Sekolah (Nama Sekolah)

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

DOA SEMPENA HARI SUKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .

Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .

Ya Allah  , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .
Ya Allah  , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kam kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa  berusaha  bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas  kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .

Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .